Tuesday, September 15, 2009

Zaman dahulu, zaman sekarang...ternyata berbeza. Kalau di zaman tahun 60an, ternyata satu keperitan terasa teramat sangat. Keperitan dalam mengejar ilmu persekolahan, ilmu agama, ilmu kebatinan lebih susah dari sekarang. Nyata...apa yang ada sekarang ini adalah terlalu mudah untuk kita lihat anak anak persekolahan belajar dengan suasana yang amat selesa. Dulunya sekolah masih berbumbungkan atap nipah atau rumbia, namun pembelajaran sempurna dihati. Kalau sekarang apa yang tertera dengan kecanggihan sekolah, bilik darjah, peralatan, guru guru, kemewahan wang dari ibu bapa dapat mencerminkan kesenangan anak anak persekolahan.
Dahulunya ketika saya belajar di Sekolah pertama, Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah....pada tahun 1966, kita fikir dan renungkan sejenak apa yang ada. Kalau dulu teringat lagi masa habis belajar, loceng pun berbunyi dan riuh rendah berebut rebut untuk pulang...bukan seronok noo...tapi nak kena balik makan dirumah dan lepas makan kena mai kembali ke sekolah kerana ada pembelajaran agama pada pukul 2.30 petang. Hingga jam 4.30 ptg barulah selesai. Dulu, belajar agama ni belajar sungguh sungguh sebab kalu tak betul kena rotan, jentik telinga, dikurung, dijemur di tengah terik matahari...itu fasal belajar, tapi kalau ponteng kelas agama pula didenda pula sembahyang, puasa dan macam2 lg lah.....

Habis kelas dak cari akal macamma nak cari duit pula laa....jadi ada dua jenis kerja boleh dilakukan:

1. Turun ke bendang(sawah) bawa kail dan joran dari buluh terus cari umpan untuk memncing ikan. Ikan tu pula ialah keli, ruan(haruan),sepat benua, sepat siam, puyu dan ikan lidah(belida). Apa yang seronoknya ikan dulu tak macam ikan lani, semuanya besar besar.....kalau haruan dulu ada yang 3 kilo keatas (depa panggil ruan bantut). Tau berapa harganya? Dulu tak pakai Kilo, tapi pakai timbangan Kati,,, 1 kati harganya haruan saiz besar rm0.25. Yang kecil tu tak berapa laku, cuma sekupang sekati..dan bila habis mengail ikan pada jam 6.30 ptg maka baliklah hamba Allah ni kerumah. Ikan tu tak jual lagi, tapi kena kurung dulu dalam guri/tempayan. Kalau nasib baik dalam masa dua jam tu bolah dapat hingga 14 kati @ lbh kurang 8 kilo lebih.
Nah....kiralah sendiri berapa harganya dulu tu...cuma 3 ringgit.
Tapi kalau harga lani boleh cecah rm130.00.
Kalau lani ikan puyu cukup ada harga sampai capai rm14.00 sekilo. Kalau dulu tauk buang saja lah.....tu pun puyu bunga.
Ingat ingat balik, dulu cukup menyeronokan....

2. Pi kedai cina yang buat ais krim Malaysia, bw tong dia dan jual lah keliling kampong. Haa....kerja ni dibuat pada musim org tanam padi, sebab tak boleh turun ke bendang takut kalau kalau rosak padi yang baru ditanapm. Itu pun boleh dapat duit sekurangnya 8 kupang kalau habis satu tong...komisyen la katakan....Sebatang aiskrim dulu tu cuma lima duit saja...@ lima sen....haaa, cuba bayangkan dengan sekarang.

Kalau sudah habis kerja kerja tu, maka kena bentak dengan mak pulak. Apa lagi kalau tak disuruhnya ke Masjid. Dulu dapat ilmu agama sebab takut kat mak saja, tapi itu lah ada baiknya sebab mak bapa dulu cukup cengeee..(garang). Maka sembahyang lah sehari semalam lima waktu. Lepas isya balik rumah tapi kalau malam jumaat dok kelebek di dapur masjid kot kot ada orang buat kenduri aruah...(Lani kalau sebut kenduri aruah, tak boleh...haram kot...).
Bukan kita nak bagi makan roh orang yang dah mati tapi sekurang kurangnya kita ingat akan keturunan kita, jasa dia dan buat doa pada ahli qubur....yang lebih penting kita ingat akan mati.

Habis saja isya, pi cari umpan katak dan jam 11 pi tahan taut ikan (sejenis alat tangkap ikan dibuat dari buluh dan diraut). Banyak juga taut yang diperbuat, ada sampai 200 bilah. Kalau umpan katak tu dapatlah juga ikan besar seperti haruan, keli dan tidak ketinggalan ular saw..a dan ular gundi buruk ( lani ular tu dah pupus).
Haa...jam 4.30 pagi sebelum sembahyang subuh pi lah angkat taut tu...kadang kadang dapt sehingga 30 kati @ 18 kilo.....jenoh kandaq laa.
Selepas subuh peraih ikan pun sampai dan jual ikan petang yang kurung dalam guri tadi serta ikan baru ditangkap....Kadang kadang dapt sampai $10.00 sehari.....

Maka alkisahlah yang duit tu buat belanja emak,,,,,tapi kadang kadang selit juga. Kalau dapat jual $10.00 tu bagi tau mak $9.00 saja...sunat katakan.

Pagi pagi jam 4 mak dah mangkit dari tidoq, sebab dia buat apom, cucuq badak, nasi lemak.
Kena kerja lagi....kena pi jaja kat kampong (alhamdulillah lah laku sungguh).
Kalau tak habis pi letak kantin sekolah.

Yang lagi seronoknya ialah masa musim pukui padi....bawalah pelita goslin ( sejenis lampu gunakan sumbu dan di pam) pi pukui padi mana mana bendang dan ambil upah....
Pukui padi tak habis dari ranting, esok yang tak habis tu kami pukui balik bawa pi jual pulak.

Cerita tentang FREE ni, dulu nyok banyak dan sapa sapa pun boleh ambil, tak dak lah berebut2.
Bolahlah mak buat nasi lemak dan kalau ada pun nak pi cari sebelum jual nasi lemak pagi...kalau ada nyok lebih boleh pula jual.

Ni cerita hari biasa....macam mana pula bulan puasa dan hari raya.....kita sambong nooo....




No comments:

Post a Comment